GALERI


GALERI AKTIVITI DI RESTORAN DAN DI LUAR




  • AKTIVITI KATERING DI RESTORAN
  • AKTIVITI KATERING DI LUAR 

KHIDMAT KATERING UNTUK SEMINAR DI MEDINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY (MEDIU)

          Alhamdulillah Arabian Kitchen telah dipilih untuk menjadi katerer  sarapan pagi, makan tengah hari dan minum petang untuk peserta peserta seminar pensyarah pensyarah “Medinah International University” yang berlangsung dari 15 hb June 2011 hingga 18 hb June 2011.
Sambutan sangat menggalakkan. Selama empat hari para pensyarah dan kakitangan MEDIU telah dihidangkan dengan Nasi Mendhi dan Nasi Majboos. Untuk sarapan pagi selain daripada sarapan ala Malaysia, mereka juga dihidangkan dengan Shakshuka daging lembu, Shakshuka telur dan juga Shakshuka pedal ayam.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada MEDIU kerana sudi memberi kepercayaan kepada Arabian Kitchen untuk menjadi katerer majlis mereka. Sehingga kini kami telah member perkhidmatan kepada MEDIU tidak kurang dari lapan kai untuk berbagai majlis. Semuga kerjasama erat yang telah terjalin ini akan berterusan dimasa akan datang. Ust jamal : 012 – 24496956


KHIDMAT KATERING UNTUK MAJLIS PERNIKAHAN – 11 – 11 - 11

Kami menerima tempahan daripada ibu pengantin seawal bulan Julai 2011. Beliau memilih tarikh keramat 11.11.11 untuk melangsungkan pernikahan anak perempuan beliau. Alhamdulillah majlis berlangsung dalam suasana meriah dikalangan sahabat handai dan rakan taulan keluarga pengantin.
Kami merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn Hj Yusof Zainal dan Pn Hjh Norizah diatas kesudian mereka memberi kepercayaan kepada Arabian Kitchen untuk menjadi katerer kepada majlis penting mereka. Semuga pasangan pengantin diberkati hidup mereka dunia dan akhirat. Gambar gambar majlis mereka adalah seperti dibawah.  Pn Hjh Norizah : 017 - 2903012


KHIDMAT KATERING UNTUK  MAJLIS PENUTUP ASRAMA SEK TINGGI AGAMA HULU LANGAT

Suasana majlis sungguh meriah dengan kehadiran Puan Pengetua dan pengerusi PIBg sekolah. Majlis dimulakan dengan persembahan kreatif pelajar pelajar sekolah dan diikuti dengan penyampaian sijil dan hadiah. Sememangnya anak anak yang masuk kesekolah ini adalah dikalangan yang terpilih “jaiyid jiddan” (excellent) dan keatas maka persembahan dan pengurusan majlis yang dikelola dan di jayakan oleh para pelajar begitu lancar perjalanannya. Syabas diucapkan kepada komiti majlis yang diuruskan oleh pelajar pelajar tingkatan empat.

KHIDMAT KATERING UNTUK  MAJLIS MBSA – 1hb Disember 2011

Dalam tempoh tiga bulan kebelakangan ini Arabian Kitchen telah dipilih untuk mengendalikan khidmat katering untuk tiga buah majlis di MBSA. Yang terbaru kami telah di tawarkan untuk memberikan khidmat katering untuk majlis makan tengahari seminar kawalan Nyamuk bertempat di dewan Renantanda.
Jemputan seramai 150 orang termasuk 20 untuk VIP. Majlis bermula jam 12.45 tengahari. Kami sampai di MBSA sekitar jam 11.30 pagi. Proses setting up dua buah buffet station mengambil masa hampir 45 minit.
Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Banyak pertanyaan yang kami terima daripada para peserta seminar berhubung khidmat catering kami.
Pn Fazline  : 012 - 3745554


MAJLIS AQIQAH NUREL HAMRA

Ini adalah majlis aqiqah pertama yang dikendalikan oleh Arabian Kitchen. Kambing aqiqah diambil dari ladang kambing di Banting. Kambing cross Boer seberat 40 kg telah di sembelih seawal jam 8.30 pagi oleh En Halim. Pada awalnya En Haful (bapa kepada nurel hamra) bercadang untuk menyaksikan sendiri proses menyembelih aqiqah anak beliau. Tetapi sehari sebelum penyembelihan dilakukan beliau memberitahu tak berkesempatan untuk turut serta dalam proses menyembelih.
Malam sebelum penyembelihan En Halim menalipon beliau untuk mendapatkan persetujuan  bahawa beliau mewakilkan En Halim untuk menyembelih kambing aqiqah untuk anaknya.
Setelah disembelih, dilapah dan di cincang, daging bersih yang tinggal disekitar  ±19 kg. Darah, kulit, kepala dan organ dalaman kambing ditanam disekitar ladang En Halim sepertimana yang dituntut syarak.
Majlis bermula selepas maghrib dengan bacaan Yaasin dan Tahlil oleh keluarga En Haiful dan Nurul Hikmah. Kehadiran pada dikalangan keluarga dan sahabat handai pasangan En Haiful lebih kurang 120 orang. Majlis ini adalah satu kejayaan bagi En Haiful kerana telah Berjaya menunaikan satu Sunnah Muakkad dan bagi Arabian Kitchen.

 Pn Nurul Hikmah : 012 - 2808273


MAJLIS MAKAN MALAM SEK HIRA ‘

Suatu hari kawan lama saya En Rushdi dari sekolah Hira’ Shah Alam menalipon minta “quotation”untuk majlis makan malam sekolah. Saya jemput beliau untuk “food tasting” dahulu. Lepas makan barulah boleh sembang sembang dan tetapkan menu untuk disebutharga.
Majlis akan diadakan ditingkat satu restoran. Susunan meja dan duduk letak meja buffet juga dibincangkan sebab ada penasyid yang akan dijemput. Majlis berlangsung didalam suasana meriah. Ahli Lembaga sekolah. Pengetua dan guru guru menjamu selera nasi arab penuh selera.Majlis dimulakan pada jam 8 malam dan berakhir jam 11.30 malam.
En Rusdi : 017 - 6570388


MAJLIS MAKAN TENGAHARI PROTON

Kakitangan Proton adalah pelanggan utama dan terpenting Arabian Kitchen. Boleh dikatakan hampir setiap bulan Kami menerima tempahan dari kakitangan proton untuk berbagai bagai majlis.
 Terima Kasih kami ucapkan kepada kakitangan proton yang menyokong perniagaan kami. Moga moga Allah tambahkan rezeki mereka.


MAJLIS MAKAN TENGAHARI CREDIT GUARANTEE CORPORATION

Credit Guarantee Corporation adalah sebahagian daripada pelanggan elit kami. Mereka begitu perihatin terhadap setiap “detail”majlis yang akan diadakan.  Selain staff biasa bos besar juga akan turut bersama. Dua buah meja VIP disediakan. Setelah diberitahu pprosedur standard kami didalam menerima tempahan katering:-
1)    Sebutharga & perbincanan bersemuka
2)    Food tasting
3)    Site visit
Mereka terus “confident”dengan perkhidmatan kami. Mereka juga memberikan kerjasama yang terbaik semasa majlis berjalan. Alhamdulillah bos bos mereka turut berpuashati dengan makanan yang dihidangkan.
En Ahmad Faisal  : 019 - 2321977

MAJLIS MAKAN MALAM EN MUHD ZUHURI SOIB

En Muhd Zuhuri  tinggal berhadapan dengan Hospital Ampang. Isteri beliau mendapat maklumat tentang perkhidmatan kami melalui Internet “MUDAH. MY”. Setelah berbincang panjang beliau bersetuju untuk buat food tasting.
Selesai sesi food tasting beliau terus membuat bayaran pendahuluan. Lawatan ke apartment beliau menyusul dua hari kemudian. Majlis akan diadakan ditepi kolam renang kondominium mereka. Setelah berbinacang dengan panjang lebar tentang kedudukan meja buffet, meja tetamu, tempat penyediaan, pengurusan sampah dsbnya kami pun beredar untuk membuiat perancangan kami sendiri.
Keluarga dan jemputan beliau begitu memuji keenakan hidangan kami. Ada dikalangan mereka yang mula berbincang untuk menjemput Arabian Kitchen sebagai caterer majlis mereka nanti.

Isteri En Zuhuri , Pn Liyana begitu gembira dengan perkhidmatan kami .
Pn Liyana 03- 42914531


MAJLIS MAKAN TENGAHARI & TAHLIL EN NAZIM

En Nazeem  mengenali  tentang Arabian Kitchen melalui kawan beliau yang pernah berkhidmat dengan Medinah International University. Sahabat beliau pernah menggunakan khidmat catering Arabian Kitchen semasa majlis rumah terbuka Hari Raya yang lepas. Setelah merasai sendiri masakan timur tengah kami En Nazim terus terpikat.
Beliau merancang sedikit kelainan didalam majlis tahlil beliau. Ya Jamuan Nasi arab memang sedikit berbeza jika dibandingkan dengan nasi beriyani. Tetamu dan jiran beliau teruja apabila mendengar hidangan nasi arab beserta kambing dan ayam panggang. Beliau juga meminta Arabian Kitchen menyediakan rending ayam sebagai persediaan untuk tetamu yang mungkin tidak berapa “boleh”dengan masakan Arab.
Lebih kurang 300 orang datang menghadiri majlis En Nazeem. Alahamdulillah semuanya berjalan lancar. Cuaca pun bagus... tetamu puas hati dan En Nazeem pun puas hati.. tak caya Tanya beliau sendiri.. En Nazeem Othman:019 242 3667.