Friday, December 16, 2011

Pengenalan Dan Pembuka Kata.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T 
&
SALAM SEJAHTERA

RESTORAN ARABIAN KITCHEN
RAWAT & REHAT KINRARA
KESAS HIGHWAY

    SELAMAT DATANG KE BLOG ARABIAN KITCHEN.  KAMI ADALAH RESTORAN MAKANAN JENAMA ARAB MILIK BUMIPUTERA SEPENUHNYA YANG SEMAKIN POPULAR DAN SEDANG BERKEMBANG MAJU DI SHAH ALAM.  ALHAMDULILLAH PADA 1 OKTOBER 2011 KAMI TELAHPUN MEMBUKA SEBUAH LAGI CAWANGAN BARU DI KAWASAN REHAT DAN RAWAT LEBUHRAYA KESAS (KINRARA). SEBAGAI SEBUAH RESTORAN & KATERER KAMI MEMIKUL TANGGUNGJAWAB UNTUK MEMASTIKAN SELERA SEMUA PELANGGAN KAMI DIPENUHI DENGAN SEBAIK BAIKNYA. KAMI MENYEDIAKAN KUSIN ARAB YANG TERBAIK, TULIN DAN TERMURAH PADA SETIAP HARI.


    SYARIKAT ARABIAN KITCHEN SDN BHD TELAH DIDAFTER PADA 7 HB SEPTEMBER 201 SEBAGAI SEBUAH SYARIKAT YENG MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN BERKAITAN MAKANAN. RESTORAN PERTAMA DIBAWAH KELOLAAN SYARIKAT MULA BEROPERASI DI SEK 20 SHAH ALAM SELANGOR PADA 1 HB APRIL 2011. NAMA RESTORAN “ARABIAN KITCHEN”DIPILIH BAGI MENGGAMBARKAN “CORE BUSINESS” SYARIKAT IAITU PERKHIDMATAN YANG BERASASKAN MAKANAN TIMUR TENGAH. MELALUI JENAMA TERSEBUT PELANGGAN BOLEH TERUS MEMBUAT KESIMPULAN BAHAWA RESTORAN “ARABIAN KITCHEN”MENGHIDANGKAN MAKANAN DARI DAPUR ARAB. PEMILIHAN NAMA RESTORAN INI BUKANLAH GIMIK SEMATA MATA TETAPI SESUAI DENGAN NAMA YANG TERPAMER, ARABIAN KITCHEN MENGUPAH TIGA ORANG CHEF BERBANGSA ARAB SEBAGAI TUKANG MASAK UTAMA. JUSTRU ITU ARABIAN KITCHEN SEMEMANGNYA SEINDAH NAMA DAN SESEDAP SAJIANNYA.


    KAMI BERHARAP ANDA SEKALIAN AKAN MENDAPAT INFORMASI BERMENAFAAT DARI BLOG INI DAN BERSEDIA UNTUK MENCUBA PERKHIDMATAN KAMI.



" SELERA ANDA TANGGUNGJAWAB KAMI "


SALAM HORMAT

AHMAD SAIFUDDEEN BIN ISMAIL
PENGURUS RESTORAN ARABIAN KITCHEN






ARABIAN KITCHEN
MENU @ ARABIAN KITCHEN

Sepertimana bangsa bangsa lain, bangsa arab juga mempunyai kepelbagaian kusin yang luas. Makanan mereka kebiasaannya berasaskan roti , daging, susu dan kekacang. Untuk menyambut hari hari istimewa mereka juga menyediakan nasi  sebagai santapan keluarga dan tetamu. Lain daerah lain cara masakannya.

Di Arabian Kitchen kami memberikan tumpuan yang lebih kepada hidangan berasaskan nasi kerana ia lebih dekat dengan selera rakyat Malaysia yang menjadikan nasi sebagai makanan ruji. Menu berasaskan nasi juga tidak menghidangkan bersama samanya kuantiti daging yang terlalu banyak berbanding  menu yang berasaskan roti. Kami tidak member keutamaan kepada menu roti kerana kami perihatin dengan kesihatan pelanggan kami, sebaik baiknya mereka jangan mengambil  daging dan susu secara berlebihan didalma diet mereka. Antara menu nasi yang terkenal adalah :


  • YEMENI MENDHI
  • QATARI MAJBOOS
  • MESRI BOOKHARI
  • SAUDI BERIYANI


    Disebahagian Negara Arab Teluk, mereka makan nasi nasi ini bersama ikan ataupun udang. Untuk itu ada ketikanya kami mencadangkan kepada pelanggan pelanggan yang tidak makan daging dan ayam mereka boleh membeli nasi sahaja dan bawa pulang kerumah untuk dimakan bersama ikan atau udang. Dijamin anda tidak akan kecewa kerana kesedapan dan kepuasannya sama seperti mereka yang memakannya bersama daging atau ayam.

    Kami  juga menghidangkan menu yang berasaskan roti. Oleh kerana kami lebih mensasarkan pelanggan dikalangan rakyat tempatan kami tidak menghidangkan menu roti yang “extensive” sepertimana direstoran restoran arab yang lain. Menu roti kami mudah dan murah. Namun begitu ianya sedap dan menyelerakan. Antara menu roti yang disediakan ialah :


    • Shakshuka Prawn
    • Shakshuka Beef
    • Shakshuka Chicken
    • Shakshuka Egg
    • Foul Mudammas
    • Jalik


    Restoran induk kami beroperasi pada setiap hari dari pukul 10:30 pagi – hingga 10:30 malam. 


    Hidangan di restoran kami memiliki ciri dan rasa yang khas, unik dan memikat. Bagi menjamin citarasa arab yang Asli 100% kami bawakan tukang masak berpengalaman dari negara arab. Chef kami menyediakan empat jenis nasi arab dengan lauk pauk berasas kambing, ayam dan lembu pada setiap hari. Seleksi empat jenis nasi ini adalah kerana ianya antara hidangan yang sangat popular di seluruh semenanjung arab terutamanya di musim perayaan atau ketika meraikan tetamu penting. Kami percaya hanya di arabian kitchen sahaja anda berpeluang mendapat kepuasan sebenar kusin otentik arab dalam suasana nyaman dan tenang. Kerana bagi kami anda adalah tetamu penting yang mesti diraikan.


    Kami juga menyediakan menu berasaskan roti arab berlaukkan lembu, ayam, udang, telur dan kekacang. Pilih sahaja mana yang anda suka, semuanya tepat membuka selera. Sekiranya anda seorang vegetarian kami menyediakan menu berasaskan kacang “fouol mudammas”. “fouol” adalah sejenis makanan mediteranean yang sangat digemari di mesir, israel, lebanon, turki dan lain lain negeri di utara semenanjung arab.


    Meskipun mendapat perkhidmatan dari tiga orang chef Arabian Kitchen tidak mengambil sikap sambil lewa didalam menjaga kualiti hidangan. Arabian Kitchen melaksanakan beberapa prosedur penting dalam seluruh aspek masakan dan hidangan demi menjaga kualiti  makanan dan memastikan kepuasan pelanggan berada ditahap maksima.   


    Dalam aspek masakan,  Arabian Kitchen telah melaksanakan satu prosedur standard dimana semua chef diwajibkan menimbang setiap “ingredient”  yang hendak digunakan sebelum proses memasak dimulakan. Semua rempah ratus yang akan digunakan  akan ditimbang terlebih dahulu dengan ketepatan ± 1gram. Tujuannya ialah supaya Arabian Kitchen dapat mengekalkan konsistensi rasa makanannya pada setiap masa. Justru itu pelanggan tidak perlu risau rasa makanan akan berubah mengikut mood tukang masak.


    Prosedur Standard juga diterapkan didalam aspek menghidang makanan kepada pelanggan.  Melalui prosedur ini semua pelanggan akan menerima saiz hidangan yang sama besar pada setiap ketika. Prosedur ini menghendaki chef dan pembantunya menimbang terlebih dahulu makanan yang hendak di hidangkan sebelum disajikan kepada pelanggan. Prosedur ini telah meningkatkan kepuasan pelanggan dan berjaya mengelakkan rungutan dan rasa rasa tidak puas hati pelanggan terhadap saiz hidangan mereka.


    Buat masa ini, pada setiap hari Arabian Kitchen menyediakan 3 jenis nasi arab (Yemeni Mendhi, Qatari Majboos & Mesri Bokhari). Semua jenis nasi ini boleh digandingkan dengan berbagai pilihan lauk pauk berasaskan kambing, ayam dan lembu yang juga dimasak mengikut “style” arab. Selain dari menu berasas nasi, Arabian Kitchen juga menyediakn menu berasaskan roti.


    Nasi beriyani dan lauk pauk  “style” Malaysia juga disediakan tetapi pelanggan perlu membuat tempahan lebih awal.


    DIATAS PERMINTAAN RAMAI PELANGGAN KAMI BERMULA 1HB JULAI 2011 ARABIAN KITCHEN  TELAH BERJAYA MENYEDIAKAN KHIDMAT KATERING UNTUK SEMUA JENIS MAJLIS DIKAWASAN SHAH ALAM, KLANG, SUBANG JAYA, KUALA LUMPUR, PUCHONG, AMPANG DAN CHERAS. DIDALAM TEMPOH  EMPAT BULAN KAMI TELAH BERJAYA MENYEDIAKAN KHIDMAT KATERING KEPADA LEBIH 50 PELANGGAN DIKALANGAN KORPORAT DAN INDIVIDU. SEBAHAGIANNYA TELAH MENJADI PELANGGAN BERULANG. BEGITULAH HEBATNYA POPULARITI KHIDMAT KATERING KAMI.


    Selain dari pelanggan “walk in” Arabian Kitchen juga bersedia menerima tempahan untuk majlis majlis koporat, seperti pakej tempahan makan tengahari atau makan malam yang boleh diadakan ditingkat satu restoran. Tingkat satu restoran Arabian Kitchen boleh memuatkan sehingga 70 pelanggan didalam satu satu masa dengan selesa. Sehingga kini Arabian Kitchen telah menganjurkan berbagai majlis tahlil, aqiqah, majlis makan tengahari / malam koporat,reunion,  mesyuarat PIBG dan berbagai bagai majlis private.